1.0 PERATURAN PAKAIAN
Pakaian
sekolah untuk pelajar lelaki dan perempuan adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan mengikut
Pekeliling Iktisas Bil 2/1978
1.1 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah dan menghadiri
sebarang acara rasmi sekolah.
2.0 PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PUTERA
2.1
Baju
2.1.1 Baju
kemeja berwarna putih (cotton) tanpa corak,
poket satu
di kiri dan tidak tertutup.
2.1.2 Butang putih dijahit dengan benang putih.
2.1.3 Baju
pada hari Isnin adalah kemeja putih berlengan panjang/pendek dan memakai tali
leher berlogo sekolah.
2.1.4 Baju pada hari Selasa,
Khamis dan Jumaat adalah kemeja
berlengan panjang/pendek dan tidak perlu memakai tali leher
2.1.5 Baju
pada hari Rabu adalah baju unit beruniform lengkap.
2.1.6 Pada
hari Jumaat, pelajar adalah digalakkan memakai baju melayu putih sepasang, sampin SMKPGAS dan songkok hitam.
2.1.7 Baju
sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck
in).
2.1.8 Kemeja
berlengan panjang hendaklah dikenakan butang di
pergelangan
tangan.
2.1.9 Pelajar
hanya dibenarkan memakai singlet atau T-shirt putih
tanpa
corak di dalam kemeja.
2.1.10 Baju
besar, lengan terlalu panjang yang mencecah hujung jari
TIDAK
DIBENARKAN.
2.1.11 Baju
yang terlalu kecil / ketat TIDAK DIBENARKAN
2.2
Seluar
2.2.1
Seluar panjang berwarna hijau lumut
(dark olive).
2.2.2
Labuh seluar hendaklah mencecah
kasut dan tidak melebihi tumit kasut apabila berdiri.
2.2.3
Luas peha hendaklah sesuai dengan
pelajar.
2.2.4
Buka kaki seluar hendaklah di antara
41 sm – 51 sm.
2.2.5
Seluar potongan ’bell-bottom’/ jeans
/ kaki kecil / ketat TIDAK DIBENARKAN.
2.2.6
Poket tampal / bersulam pada seluar TIDAK
DIBENARKAN.
2.3 Stokin
2.3.1 Semasa berpakaian seragam sekolah, pelajar mesti memakai stokin berwarna
putih tanpa corak.
2.3.2 Tinggi
stokin hendaklah sekurang-kurangnya 4 sm dari atas
buku
lali.
2.4 Tali leher
2.4.1
Hanya tali leher SMKPGAS dibenarkan.
2.4.2
Panjang tali leher yang dipakai
hendaklah dalam keadaan mencecah kepala tali pinggang
2.5 Kasut
2.5.1 Kasut kanvas putih dan bertali putih
dipakai semasa waktu persekolahan.
2.5.2 Kasut berbelang–belang / sandal / selipar / kasut sukan / potongan ’boot’ TIDAK
DIBENARKAN dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, atau mengikuti
rombongan sekolah.
2.5.3 Kasut mesti sentiasa bersih dan berwarna putih.
2.5.4 Tali kasut mestilah diikat kemas .
2.6 Tali pinggang
2.6.1 Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau, coklat gelap, hitam dan biru dibenarkan.
2.6.2 Saiz tali pinggang yang dibenarkan adalah 3 cm dan saiz kepala tali
pinggang yang dibenarkan adalah 3.5 cm.
2.6.3 Pemakaian tali pinggang pada hari kokurikulum adalah mengikut ketetapan
pakaian unit beruniform masing-masing.
2.7 Tanda nama dan lencana sekolah
2.7.1 Tanda
nama hendaklah dijahit di sudut kiri bahagian atas poket baju.
2.7.2 Lencana
sekolah hendaklah dilekatkan dengan kemas dengan cara dijahit atau diseterika
pada poket baju sebelah kiri.
3.0 PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PUTERI
3.1 Baju
3.1.1 Baju kurung putih dan kain biru muda (cotton).
3.1.2 Baju
kurung dari jenis kain licin, berkilat, tipis dan berfesyen TIDAK
DIBENARKAN.
3.2 Telekung Mini
Pelajar Islam
diwajibkan memakai telekung mini putih tanpa renda atau sulam.
3.3
Kasut
3.3.1 Kasut kanvas putih dipakai semasa waktu persekolahan.
3.3.2 Kasut berbelang–belang / sandal/ selipar / kasut sukan /
potongan ’boot’ TIDAK DIBENARKAN dipakai pada waktu persekolahan, acara
rasmi, atau mengikuti rombongan sekolah
3.3.3 Kasut mesti sentiasa bersih dan berwarna putih.
3.4
Stokin
Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan,
acara rasmi, atau mengikuti rombongan sekolah.
3.5
Tanda
nama dan lencana sekolah
3.5.1 Tanda nama dijahit pada mini telekung atas dada sebelah kiri.
3.5.2 Lencana sekolah hendaklah dilekatkan dengan kemas dengan cara dijahit atau
diseterika pada bahagian kiri tudung.
4.0 PAKAIAN SUKAN / RIADAH
4.1 PELAJAR LELAKI
4.1.1 Seluar
panjang trek berwarna biru gelap atau hitam .
4.1.2 Baju ’T’
putih berkolar, berlengan pendek atau panjang tanpa
corak
/ berlambang yang berkaitan dengan identiti sekolah / T-shirt rumah sukan.
4.1.3 Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar trek (tuck in).
4.1.4 Stokin putih dan kasut sukan.
4.1.5 Pelajar DILARANG menggulung kaki seluar trek.
4.1.6 Seluar pendek / ’tights’ adalah DILARANG.
4.2
PELAJAR PEREMPUAN
4.2.1 Seluar panjang trek berwarna biru gelap atau hitam.
4.2.2 Baju ’T’ putih berkolar, berlengan panjang tanpa corak / berlambang yang
berindentitikan sekolah / T-shirt
rumah sukan. Baju tidak dimasukkan ke dalam seluar trek.
4.2.3 Tudung kepala putih dimasukkan ke dalam baju.
4.2.4 Stokin putih dan kasut sukan.
5.0 PAKAIAN
PENGAWAS
5.1 PENGAWAS
LELAKI
5.1.1 Baju
kemeja lengan panjang biru muda (cotton).
5.1.2 Seluar panjang slack biru gelap.
5.1.3 Tali leher pengawas SMKPGAS
5.1.4 Stokin putih. Tinggi stokin mestilah
sekurang-kurangnya 4sm dari atas buku lali.
5.1.5 Kasut kulit hitam bertali dan berkilat.
5.1.6 Pada hari Isnin, pengawas hendaklah
memakai Blazer biru gelap.
5.1.7 Tali pinggang kulit berwarna hitam.
5.2 PENGAWAS
PEREMPUAN
5.2.1 Baju
kurung (cotton) biru muda.
5.2.2 Kain biru gelap.
5.2.3 Telekung mini biru muda.
5.2.4 Stokin putih. Tinggi stokin mestilah sekurang-kurangnya 4sm
dari atas buku lali.
5.2.5 Kasut kulit hitam dan
berkilat.
5.2.6 Pada hari Isnin, pengawas hendaklah memakai blazer.
6.0
PAKAIAN SEMASA MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARA SUKAN
6.1 PELAJAR
LELAKI
6.1.1 T-shirt
berkolar yang beridentiti sekolah.
6.1.2 Seluar slack hitam.
6.1.3 Stokin
putih dan kasut sukan.
6.1.4 Baju T
hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck
in).
6.2 PELAJAR
PEREMPUAN
6.2.1 T-shirt
berkolar berlengan panjang yang beridentitikan sekolah.
6.2.2 Stokin putih dan kasut sukan.
6.2.3 Telekong mini putih tanpa renda / sulam.
7.0 CERMIN MATA
7.1 Tidak
dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor .
7.2 Kanta
cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor.
7.3 Cermin
mata hitam / gelap / berfesyen TIDAK DIBENARKAN.
7.4 Bingkai
cermin mata berwarna hitam dan biru gelap sahaja dibenarkan.
8.0 RAMBUT
Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 – Potongan Rambut
Murid-Murid
8.1 PELAJAR LELAKI
8.1.1 Rambut
mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju.
8.1.2 Bahagian
belakang tebal dan panjang ekor
pipit (sideburn) 2 cm sahaja.
8.1.3 Rambut mesti disapu minyak dan disikat kemas.
8.1.4
Membotakkan
kepala adalah DILARANG.
8.1.5
Rambut
yang berfesyen seperti ’punk’ atau ’spike’/ diwarnakan /dilunturkan / berjuntai
di dahi adalah DILARANG.
8.1.6
Misai,
janggut dan jambang TIDAK DIBENARKAN.
8.2 PELAJAR PEREMPUAN
8.2.1 Rambut
adalah pendek. Jika panjang mestilah
diikat / didandan dengan reben hitam /
putih / biru.
8.2.2 Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
8.2.3 Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah DILARANG.
8.2.4 Rambut mesti kemas dan bersih.
8.2.5
Bulu kening tidak boleh dicukur atau
dicabut.
9.0
AKSESORI
9.1 Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.
9.2 Pewarna kuku / inai adalah DILARANG.
9.3 Pemakaian celak adalah DILARANG.
9.4 Bertindik telinga lebih daripada satu pada satu cuping telinga dan di
bahagian lain badan adalah DILARANG.
9.5 Pelajar lelaki DILARANG bertindik.
9.6 Bertatu adalah DILARANG.
10.0 MAJALAH
DAN PENULISAN
10.1 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan
majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat
atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua.
10.2 Semua tulisan yang bertujuan untuk
disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui guru penasihat untuk tujuan
penyemakan.
10.3 Pelajar-pelajar
tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak
akhbar atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran.
10.4 Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah adalah tertakluk kepada
peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan
pindaan–pindaannya.
11.0 PERHUBUNGAN
AWAM
11.1 SURAT-MENYURAT
11.1.1 Semua
surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim.
11.1.2 Pihak pentadbiran sekolah berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu.
11.1.3 Penerima surat berdaftar di pejabat mesti membawa kad pengenalan dan
mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah.
11.2 TELEFON AWAM
11.2.1 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan
telefon awam pada
waktu persekolahan
pagi kecuali waktu rehat (dengan kebenaran)
11.2.2 Perbualan telefon hendaklah pendek dan
ringkas.
12.0 BARANG
LARANGAN
12.1 Barang-barang berikut adalah DILARANG dibawa ke sekolah / asrama.
12.1.1 Televisyen (sebarang saiz), Radio dan Walkman.
12.1.2 Telefon bimbit termasuk charger, SIM card dan lain-lain alat aksesori berkaitan
12.1.3
MP3
12.1.4
MP4
12.1.5
Discman
12.1.6
Rokok / Mancis / Pemetik api
12.1.7
Gula-gula getah (chewing gum)
12.1.8
Minuman keras
12.1.9
Alat solek
12.1.10
Barang kemas
12.1.11
Cermin mata hitam
12.1.12
Pakaian menjolok mata
12.1.13
Baju / seluar jeans
12.1.14
Seluar khaki hitam
12.1.15
Baju ala rockers / berlambang jenama rokok / minuman keras / tullisan
berunsur negatif
12.1.16
Buku / majalah / risalah / gambar /
CD / VCD berunsur lucah
12.1.17
Komputer,Komputer riba, netbook
12.1.18
Risalah perkauman dan politik
12.1.19
Benda-benda tajam
12.1.20
Makanan ’junk food’ seperti mi segera / keropok segera
12.1.21
Bahan letupan
12.1.22
Barang-barang lain yang ditafsirkan
oleh Pengetua tidak perlu dan
membahayakan keselamatan pelajar.
12.2 Barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan
kepada
pelajar.
13.0 HARTA PERSENDIRIAN
13.1.1 Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing.Buku-buku
persendirian, pakaian atau apa jua barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga
dengan cermat, bersih dan sempurna.
13.1.2 Wang atau barangan berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas atau
tempat-tempat yang terbuka.
13.1.3 Pelajar hanya dibenar menyimpan wang sebanyak RM 10.00 pada satu-satu masa.
13.1.4 Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan
kepada pengawas, guru bertugas harian atau pengetua untuk diumumkan dan
dipulangkan kepada pemiliknya.
14.0 KAWASAN LARANGAN
14.1 Pejabat
sekolah (kecuali ada urusan)
14.2 Bilik Guru
(kecuali dengan kebenaran)
14.3 Dewan Besar
14.4 Bilik-bilik
Khas
14.5 Makmal
Sains
14.6 Bilik
Tayangan
14.7 Bengkel
Kemahiran Hidup
14.8 Bilik Lukisan
14.9 Makmal / Bilik Komputer
14.10 Bilik
Mesyuarat
14.11 Bilik
Disiplin
14.12 Bilik
SPBT
14.13 Bilik
Peperiksaan
14.14 Kawasan
Kolam
14.15 Kawasan
ibu sawat elektrik
14.16 Kawasan
rumah guru
14.17 Kawasan
asrama
15.0 KELAS P&P
15.1 Pelajar
mesti berada di dalam kelas masing-masing semasa kelas P&P.
15.2 Pelajar
dilarang keluar dari kelas kecuali dengan kebenaran dari guru.
15.3
Kad Kebenaran Keluar Kelas hendaklah
dipakai apabila keluar dari kelas.
15.4
Pelajar yang perlu balik ke
rumah/asrama mestilah mendapat kebenaran dari Guru bertugas, Warden,GPK,
atau Pengetua.
16.0 PERATURAN SEMASA KEBAKARAN
Apabila
terdengar isyarat kebakaran / terhidu bau asap pelajar hendaklah :
16.1.1 Segera memberi amaran kepada rakan dengan menjerit
”Apiii!...Apii!....Apiii!”
16.1.2 Memberitahu guru untuk menghubungi bomba berhampiran.
16.1.3 Selamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil-sijil dan wang
jika berupaya dibawa dengan mudah.
Sekiranya api sudah marak, lupakan barangan tadi dan selamatkan nyawa
anda dahulu.
16.1.4 Jika terdapat rakan yang tidak berupaya, bantu beramai-ramai membawanya
keluar.
16.1.5 Bergerak pantas dengan teratur meninggalkan kelas secepat mungkin melalui
laluan terdekat seperti dalam pelan kebakaran. Berkumpul di tempat yang telah
ditetapkan.
17.0 SAKIT DAN RAWATAN
17.1
Pelajar yang sakit pada waktu persekolahan
hendaklah melaporkan diri kepada guru bertugas untuk dibawa ke hospital.
17.2
Pelajar sakit perlu berehat di bilik sakit dengan terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari guru bertugas, GPK atau Pengetua.
17.2
Pelajar sakit yang dibenarkan tinggal di bilik
sakit tidak dibenarkan keluar dari bilik tersebut.
17.3
Pelajar TIDAK
DIBENARKAN menghubungi terus ibu bapa untuk mendapatkan rawatan atau
berehat di rumah.
17.4
Semua
pelajar yang memerlukan rawatan doktor mestilah menggunakan borang rawatan yang
boleh didapati melalui guru bertugas.
18.0 MENEPATI MASA
18.1
Semua pelajar dimestikan hadir ke sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum waktu persekolahan
18.2
Semua pelajar dimestikan
meninggalkan kawasan sekolah apabila waktu persekolahan tamat.
18.3
Semua pelajar dimestikan menghadiri
perhimpunan rasmi sekolah 5 minit sebelum waktu perhimpunan.
19.0 MASA REHAT
19.1
Semasa waktu rehat, pelajar
hendaklah mengosongkan kelas.
19.2
Pelajar hendaklah beratur semasa
membeli makanan dan makanan tersebut perlu dimakan di kawasan kantin sahaja.
19.3
Semua pelajar hendaklah
bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin.
19.4
Pingan, gelas dan sudu hendaklah diletakkan
di dalam tong khas yang disediakan selepas digunakan.
19.5
Semua sampah sarap hendaklah
dimasukkan ke dalam tong sampah yang bertutup.
20.0 TATATERTIB DI SEKOLAH
20.1
Semua Pelajar dikehendaki berada di dalam kelas pada setiap
masa kecuali waktu rehat, waktu Pendidikan Jasmani atau menghadiri kelas di
makmal dan bengkel
20.2
Semua pelajar tidak dibenarkan
berada di bilik-bilik khas tanpa
kebenaran guru.
20.3
Semua pelajar dikehendaki berbaris
dan bergerak dalam barisan apabila pembelajaran dijalankan di luar kelas.
21.0 KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
21.1
Pelajar yang tidak hadir ke sekolah
kerana sakit hendaklah mengemukakan sijil cuti sakit kepada guru kelas sebaik
sahaja hadir ke sekolah.
21.2
Semua pelajar dimestikan menghadiri
semua aktiviti kokurikulum kecuali jika mendapat surat akuan doktor.
22.0KENDERAAN
22.1
Semua kenderaan hendaklah diletakkan
di tempat yang dikhaskan dan dikunci sepanjang masa.
22.2
Kawasan meletak kenderaan adalah
kawasan larangan sepanjang waktu persekolahan.
22.3
Pelajar dilarang sama sekali
berkenderaan di dalam kawasan sekolah samada waktu persekolahan atau diluar
waktu persekolahan.
22.4
Semua kenderaan yang dsigunakan
hendaklah mematuhi syarat dan undang-undang lalulintas yang ditetapkan.
23.0AKTIVITI LUAR SEKOLAH
23.1
Semua pelajar dilarang sama sekali
menyertai mana-mana kelab/pertubuhan luar sekolah tanpa kebenaran dari
pengetua.
23.2
Semua pelajar juga dilarang mewakili
mana-mana pasukan dalam sebarang sukan/aktiviti tanpa kebenaran bertulis dari
pengetua
0 comments:
Post a Comment