Pengenalan SMKPGAS



    SMKPGAS terletak di kampung Budu, Benta Kuala Lipis. Katogeri Luar Bandar Gred A. Sekolah satu sessi. SMKPGAS telah beroperasi di bawah 15 orang pengetua. Pengetua kini ialah Tuan Haji Syed Mohamed b. Syed Agil.Bilangan pelajar terkini seramai 365 orang. Bilangan guru seramai 32 orang dan kakitangan sokongan seramai 12 orang. 













Sejarah SMKPGAS

     Sekolah Menengah KebangsaanPanglima Garang Abdul Samad (SMKPGAS) Benta pada mulanya dikenali dengan Sekolah Menengah Rendah Budu (SMRB). Ia mula dibina pada tahun 1964 di atas ladang getah kepunyaan Ustat Ahmad bin Banchi. Selama pembinaan pelajar-pelajarsekolah ini telah menumpang di Sekolah Rendah Budu dan Sekolah Rendah Tanjung Besar. Pengetua pertamanya ialah En.Mohd Nor bin Suli.

     Pada tahun 1966, bangunan sekolah telah siap sepenuhnya. Selain bangunan sekolah, sekolah juga mengandungi asrama desa untuk pelajar yang tinggal jauh di kawasan pedalaman seperti Kampong Atong, Kampong Jeransang, Kampong Sempadan, Kuala Atok, Ulu Atok Jerkoh, Ulu Ceka, Batu Balai dan lain-lain lagi. 

     Pada peringkat awalnya, SMRB mempunyai dua aliran iaitu aliran Bahasa Melayu dan Aliran Bahasa Inggeris. Aliran Melayu Pada siding pagi dan Aliran Bahasa Inggeris pada siding petang. Pada ketika itu SMRB hanya sampai di tingkatan 3.

     Sekolah Menegah Rendah Budu ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Budu (smb) pada tahun 1970 dan pelajarnya belajar hingga tingkatan 5. Sekali lagi sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Panglima Gartang Abdul Samad pada tahun 1970 dengan hanya satu aliran sahaja iaitu Aliran Bahasa Melayu.

 








0 comments:

Post a Comment

Adakah anda suka dengan blog SMKPGAS, sila like..