Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. Selamat kembali ke sesi persekolahan 2012. Selaras dengan visi sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang berakhlak dan berdisiplin tinggi serta berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, maka guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membimbing dan mendidik pelajar tanpa mengira masa. Kesungguhan bekerja yang berpaksikan keikhlasan akan menghasilkan kejayaan yang hakiki. Oleh itu keazaman dan iltizam yang tinggi setiap warga SMKPGAS merupakan pemangkin ke arah memartabatkan dan memperkasakan bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum
Pengenalan SMKPGAS
SMKPGAS terletak di kampung Budu, Benta Kuala Lipis. Katogeri Luar Bandar Gred A. Sekolah satu sessi. SMKPGAS telah beroperasi di bawah 15 orang pengetua. Pengetua kini ialah Tuan Haji Syed Mohamed b. Syed Agil.Bilangan pelajar terkini seramai 365 orang. Bilangan guru seramai 32 orang dan kakitangan sokongan seramai 12 orang.
Sejarah SMKPGAS
Sekolah Menengah Kebangsaan
Panglima Garang Abdul Samad (SMKPGAS) Benta pada mulanyadikenali dengan Sekolah
Menengah Rendah Budu (SMRB). Ia mula dibina pada tahun 1964 di atas lading
getah kepunyaan Ustat Ahmad bin Banchi. Selama pembinaan pelajar-pelajar
sekolah ini telah menumpang di Sekolah Rendah Budu dan Sekolah Rendah Tanjung
Besar. Pengetua pertamanya ialah En.Mohd Nor bin Suli.
Pada tahun 1966, bangunan sekolah
telah siap sepenuhnya. Selain bangunan sekolah, sekolah juga mengandungi asrama
desa untuk pelajar yang tinggal jauh di kawasan pedalaman seperti Kampong
Atong, Kampong Jeransang, Kampong Sempadan, Kuala Atok, Ulu Atok Jerkoh, Ulu
Ceka, Batu Balai dan lain-lain lagi.
Pada peringkat awalnya, SMRB
mempunyai dua aliran iaitu aliran Bahasa Melayu dan Aliran Bahasa Inggeris.
Aliran Melayu Pada siding pagi dan Aliran Bahasa Inggeris pada siding petang.
Pada ketika itu SMRB hanya sampai di tingkatan 3.
Sekolah Menegah Rendah Budu ditukar
nama menjadi Sekolah Menengah Budu (smb) pada tahun 1970 dan pelajarnya belajar
hingga tingkatan 5. Sekali lagi sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah
Menengah Panglima Gartang Abdul Samad pada tahun 1970 dengan hanya satu aliran
sahaja iaitu Aliran Bahasa Melayu.
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
Berakhlak Baik
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".
Riwayat Muslim
Sifat Malu
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan".
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Mentaati Kedua Ibu Bapa
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim
Hakikat kebijaksanaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."
Riwayat at-Tirmidzi
Berbohong Satu Pengkhianatan
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar."
Amalan Guru Penyayang
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat Muslim)